Tuesday, 22 April 2014

Cool - Malaysia Most Richest People - Banyak duit

Salam,

 Mari kita lihat tangga pertama hingga tangga ke 12 Malaysian Most Richest People. Diambil dan di Edit by admin sumber Forbes:


Cool - Fun Fact - Mai Layan Bosan

Salam,

  Mari kita layan beberapa fakta tentang dunia yg kita sebenarnya tak tahu


Monday, 21 April 2014

Sambungan SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia)

Salam,

 Sambungan kepada cerita SPA ni, dalam interview aku ada dua org wanita, sorang Melayu sorang lagi Cina kot..tak beberapa pasti. So dia org tanyalah soklan biasa:-

  1. Terangkan Biodata diri anda
  2. Pasal transformasi yg Datuk Sri Najib Buat, GTP (Goverment Transformation Programe)
  3. Tanya pendapat banyak lah ( bukan ape, dia org nak tgk korang bercakap je, konfiden ke tidak)
So kiranya aku dah lepas interview dan lepas aku ade lagi 4 orang perempuan tunggu giliran. Keputusan interview ni keluar selang sebulan dari tarikh interview. Pada 13 Mac 2014 aku dapat keputusan. Aku dikategorikan sebagai calon simpanan. Lepas tu aku periksa aku calon simpanan yg ke berapa? dan amazingly aku calon simpanan yg pertama.sebagai calon simpanan pertama ni, kalau ada kekosongan atau ada calon yg berjaya menolak jawatan ini, dia akan panggil mengikut turutan lah..kat lama web SPA, ada list berjaya/ simpanan temuduga..so korang bleh cek kat ctu..aku dah pasrah sbb mungkin bukan masa aku lagi. Sungguh pelik dan ajaib, selang seminggu, status aku bertukar dari Calon Simpanan ke Simpanan Tetap dan terus ke Lantikan Tetap. So aku pon serba salah sbb aku baru dapat kerja tempat baru, okay jugaklah tempat baru ni and dekat ngan rumah pulak tu. Gaji mmg sedap siap bayar Overtime lagi..so aku tunggu aje lah surat dari SPA. Contoh surat dari SPA ( Credit to Siapa tah punya surat ni TQ)

Cool - Kadar Inflasi Malaysia - Gen Y

Salam,

  Petang ni mari kita berbicara pasal rumah. Rumah ni boleh jadi teres, pangsa, banglow dan lain lain. Kita fokuskan mengenai hartanah di Malaysia. Malaysia adalah negara yg sedang berkembang pesat dengan pelbagai projek Insfrastruktur, hartanah dan lain lain. Kepada pasangan yg telah berkahwin, rumah yg selesa adalah suatu impian yg ingin dimiliki. Tetapi dengan harga rumah yg agak mahal terutama di sekitar bandaraya, Dengan lebih tepat lagi Generasi Y kini tidak mampu untuk memiliki rumah idaman mereka. Kepada mereka yg bertuah, iaitu pasangan yg berkerjaya, mereka menerima upah yg agak berpatutan contohnya pasang eksekutif mendapat gaji kasar kira kira RM 6,000.00 sebulan.Tetapi terdapat juga pasangan yg tidak berkerjaya yg hanya mendapat gaji sekitar 2,500.00 sahaja sebulan. Mari kita lihat jumlah pinjaman yg ideal bagi mereka yg berpendapatan begini...

Sunday, 20 April 2014

Cool - Riana Residential - Condo Mewah

Salam,

 Satu lagi projek berkualiti yg hanya untuk golongan datok dan anak menteri iaitu Riana Residential. Projek dibangunkan oleh IJM land, salah satu pemaju terkenal di malaysia, Riana Residential terletak bersebelahan Aeon Big Wangsa Maju. Sesiapa yg pernah pergi Aeon Big, pasti akan perasan akan tanah kosong tepi Aeon Big tu. Bila siap nanti anggaran tahun 2017, Riana Residential terdiri daripada 260 buah condo mewah, dari luas 1200 kaki hingga 1600 kaki persegi. Dilengkapi dengan kolam renang mewah, Gelangang Tennis tertutup, gelangang badminton tertutup, dewan besar, dauna dan lain lain kemewahan dunia. Hiasan dalam yg cukup mewah pasti menjadi tarikan utama pembeli pembeli yg berkemampuan.. pada kami yg serba serderhana ni, cukuplah apartment biasa yg murah.. Harga Riana Residential ini bermula dari RM 787,000.00 hingga ke 1 Juta lebih...Apa macam ada berani....


Wednesday, 16 April 2014

Cool - Cuti Cuti Malaysia - Pulau Perhentian

Morning Guys,

Hari kita travel pulak ke sebuah pulau yg terletak di Terengganu darul Iman. Pulau yang indah ini adalah syurga bagi pelancong yg minat dengan Skuba Diving disebabkan pulau nya yg bersih dan antara pulau yg tercantik di Malaysia.


Untuk pergi kesana , ada boleh menaiki bas atau kereta ke Jeti Kuala Besut Terengganu.Bagi yg mempunyi budget yg lebih, anda juga boleh menaiki kapal terbang ke Terengganu. Dari situ, anda boleh mengambil bot laju dengan membayar sekitar RM 70.00 seorang (Dua hala pergi dan balik). Bot akan mengambil masa sekitar 30 - 40 minit utk ke sana.

Apa yg perlu anda tahu


Tuesday, 15 April 2014

Cool - TheLonely Sea - Lautan Hindi




Salam,
 Seperti yang kita tahu, sekarang ni kehilangan MH 370 masih lagi menjadi misteri apabila tiada serpihan atau kotak hitam dijumpai lagi sehingga hari ke 35 kehilangan. Pasti yg menjadi tempat pencarian utama ialah Lautan Hindi atau nama glamor nye ialah THE LONELY SEA. Nama ini adalah kerana lautan ini adalah terasing dari tempat pendaratan dan radar negara yg disekeliling nya. Tetapi terdapat satu Kem askar Amerika yg dikatakan terdapat disini iaitu Kem Deigo Garcia. Tapi hari ini kita lihat fakta tentang The Lonely Sea ni...

Monday, 14 April 2014

Temuduga Penolong Akauntan W27

Update sikit pasal Pengambilan SPA ( Suruhanjaya Perkhidmatan Awam),


So Bila aku dah Lulus ujian atau peperiksaan SPA ni, aku tunggu lebih kurang 3 ke 4 bulan baru dapat panggilan interview. Aku punya interview dekat KL menara Maybank kat jalan Tun Perak, Hari Jumaat 20 Jan 2014... So aku pon pegilah dgn bangganya.. Nak menjadi penjawat awan lah konon nye.. So aku ade jugak survey pasal nak pergi Interview ni...pakaian kene kemas, kena pakai tali leher dan sebagainya.. so aku pun ikut lah..Temuduga pukul 8.30 pagi dan aku sampai 8.20 pagi..hahahah ngam ngam je..masa aku daftar masuk, mmg ramai perempuan berbanding lelaki dapat temuduga tu. Dia ada 5 saluran atau 5 bilik interviwer (kalo x silap ejaan aku ni lah). so aku dapat saluran 2 kot..dah x beberapa ingat..Masa tunggu giliran di temuduga, aku beborak jap lah ngan calon yg lain, rupanya kebanyakkan mereka mmg dari gomen jugak, ada dr kementerian itu lah, jabatan ini lah, mereka antara golongan yg nak naik pangkat melalui KPSL (Kenaikan Pangkat Secara Lantikan), Lagilah dalam hati aku cakap, mmg saje je aku try Interview ni.. Bukan Nak dapat sangat lah kan sbb statistik SPA menunjukan bahawa:-

Cool - Cuti Cuti Malaysia Perlis - Padang Besar

Pekan sempadan adalah titik penggabungan untuk rakyat Thailand dan Malaysia. Ramai rakyat Malaysia bergerak sehingga ke Thailand melalui tempat ini dan begitu juga untuk rakan-rakan mereka Thai, membeli-belah, perniagaan atau lawatan rekreasi.

Stesen keretapi mempunyai platform yang panjang yang dijaga oleh rakyat Malaysia di satu pihak dan Thai di pihak yang lain. Selain daripada pusat pemeriksaan Imigresen dan beberapa tanda-tanda, ia adalah sukar untuk membezakan di mana sebenarnya sempadan terletak kerana budaya, kedua-dua pihak sama.

Di luar landasan keretapi adalah Pekan Siam, syurga pembeli. Pekan ini dipenuhi dengan tekstil, pakaian, kraftangan, makanan, buah-buahan dan cenderamata. Salah satu destinasi patut dilawati di Malaysia. 


Cool -Perubatan Klasik- Iron Lung

Iron Lung atau Peparu besi ialah satu alat yg digunakan untuk membantu manusia bernafas, kebanyakan ia digunakan kepada pesakit Polio yg mana sakit ini glamor dulu. Polio menyebabkan beberapa sistem saraf badan terganggu dan tidak dapat berfungsi lagi. Untuk pengguna iron lung, saraf paru paru mereka tidak kuat untuk mengepam udara untuk kegunaan badan. Mereka menghabiskan seluruh masa mereka dalam Iron Lung Ini..Cara Iron Lung ini berfungsi ialah apabila pesakit telah dimasukkan dalam kelongsong Iron Lung, ia akan ditutup rapat dah tekanan udara di dalam tiub akan di keluarkan. Ini membolehkan paru paru mengembang dan selepas itu, tekana udara dimasukkan kembali untuk mengencutkan kembali paru paru..dan proses in berulang ulang.. cool - perubatan klasik - Iron Lung... for human survival..


Sunday, 13 April 2014

Peperiksaan Penolong Akauntan W27

Selepas aku gagal peperiksaan Penolong Juruaudit W27 jugak, selang sebulan aku ditawarkan menduduki peperiksaan Penolong Akauntan W27, Masa ni semangat jugak lagi sbb kerje kerajaan kot ni, susah dapat to oooooo, ikut statistik SPA memanjang je calon 97 % gagal dalam memohon perkerjaan kerajaan ni. Aku pon dengan semangat pergi peperiksaan ni dgn atitude (Penjawat Awam).
Pergh Bangga Gila penjawat awam..So mcm biasa ada 3 paper, yg pertama paper Pengetahuan am, kedua paper matematik tanpa kalkulator dan paper ketiga penafsiran diri lah mcm tu. aku pon menjawab dengan strategi baru, bukan strategi lama lagi, peperiksaan masa tu kat KL Dyasty Hotel, siap ade pengawas peperiksaan tu sound lagi " korang nak kerja kerajaan ni sangat buat apa? nak pakai kereta selain kereta proton pun x mampu) masa tu aku x kesah sangat, aku tetap bersemangat, lagi pon mak bapak aku penjawat awam kot...kire nak ikut jejak langkah lah ni..... Nak tips tips jawab soklan...huhuhu

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)

Dah lama dah rasanya x update blog, ni teringat nak bagi information pasal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. HAhhahaha aku mula apply SPA ni Masa Baru lepas grad, masa tu tahun 2006. Aku pon apply lah. Mmg masa tu langsung tak dapat lah, tapi masa Mei 2013 aku dapat panggilan utk menduduki peperiksaan Penolong Juru Audit W27 bertempt di Sekolah Sukan Bukit Jalil, aku pon mcm semua orang dimalaysia berbangga duduk peperiksaan ni.. mau x nyer sebelum ni digembar gemburkan, kerje kerajaan ni best lah, susah nak dapat lah, itu lah, ini la....Lepas drp tu masa aku dapat keputusan , aku gagal dlm peperiksaan tu. Aku muhasabah diri, aku tgk mana yg silap n aku perbaiki diri,

  1. Silap aku ialah aku x bersedia pasal Audit punya hal seperti apa itu audit dalaman, dll
  2. Paper 2 iaitu matematik x dibenarkan bawa kalkulator, so kene kira tangan, ape lagi kelam kabut aku masa tu
  3. Isu Semasa aku x tahu sangat pasal audit ni..