Salam,
Petang ni mari kita berbicara pasal rumah. Rumah ni boleh jadi teres, pangsa, banglow dan lain lain. Kita fokuskan mengenai hartanah di Malaysia. Malaysia adalah negara yg sedang berkembang pesat dengan pelbagai projek Insfrastruktur, hartanah dan lain lain. Kepada pasangan yg telah berkahwin, rumah yg selesa adalah suatu impian yg ingin dimiliki. Tetapi dengan harga rumah yg agak mahal terutama di sekitar bandaraya, Dengan lebih tepat lagi Generasi Y kini tidak mampu untuk memiliki rumah idaman mereka. Kepada mereka yg bertuah, iaitu pasangan yg berkerjaya, mereka menerima upah yg agak berpatutan contohnya pasang eksekutif mendapat gaji kasar kira kira RM 6,000.00 sebulan.Tetapi terdapat juga pasangan yg tidak berkerjaya yg hanya mendapat gaji sekitar 2,500.00 sahaja sebulan. Mari kita lihat jumlah pinjaman yg ideal bagi mereka yg berpendapatan begini...
Dengan kepesatan ekonomi Malaysia berkembang, harga hartanah kini adalah sangat mahal berbanding pada tahu 1970 an. Satu rumah teres kini adalah didalam harga RM 450,000.00 itupun jauh dari bandaraya. Kos untuk memiliki rumah Apartment juga melangkau RM 300,000.00 sebuah.
Dan kita Sebagai Generasi Y tidak mampu untuk membeli rumah yg kini pada tahu 2014..Rata rata rumah mencapai harga 700,000.00 seunit.. Fikirkan masa depan golongan Generasi Y yg di anak tiri kan di bumi Sendiri..
No comments:
Post a Comment