Salam,
Satu lagi projek berkualiti yg hanya untuk golongan datok dan anak menteri iaitu Riana Residential. Projek dibangunkan oleh IJM land, salah satu pemaju terkenal di malaysia, Riana Residential terletak bersebelahan Aeon Big Wangsa Maju. Sesiapa yg pernah pergi Aeon Big, pasti akan perasan akan tanah kosong tepi Aeon Big tu. Bila siap nanti anggaran tahun 2017, Riana Residential terdiri daripada 260 buah condo mewah, dari luas 1200 kaki hingga 1600 kaki persegi. Dilengkapi dengan kolam renang mewah, Gelangang Tennis tertutup, gelangang badminton tertutup, dewan besar, dauna dan lain lain kemewahan dunia. Hiasan dalam yg cukup mewah pasti menjadi tarikan utama pembeli pembeli yg berkemampuan.. pada kami yg serba serderhana ni, cukuplah apartment biasa yg murah.. Harga Riana Residential ini bermula dari RM 787,000.00 hingga ke 1 Juta lebih...Apa macam ada berani....
No comments:
Post a Comment