Monday, 21 April 2014

Sambungan SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia)

Salam,

 Sambungan kepada cerita SPA ni, dalam interview aku ada dua org wanita, sorang Melayu sorang lagi Cina kot..tak beberapa pasti. So dia org tanyalah soklan biasa:-

  1. Terangkan Biodata diri anda
  2. Pasal transformasi yg Datuk Sri Najib Buat, GTP (Goverment Transformation Programe)
  3. Tanya pendapat banyak lah ( bukan ape, dia org nak tgk korang bercakap je, konfiden ke tidak)
So kiranya aku dah lepas interview dan lepas aku ade lagi 4 orang perempuan tunggu giliran. Keputusan interview ni keluar selang sebulan dari tarikh interview. Pada 13 Mac 2014 aku dapat keputusan. Aku dikategorikan sebagai calon simpanan. Lepas tu aku periksa aku calon simpanan yg ke berapa? dan amazingly aku calon simpanan yg pertama.sebagai calon simpanan pertama ni, kalau ada kekosongan atau ada calon yg berjaya menolak jawatan ini, dia akan panggil mengikut turutan lah..kat lama web SPA, ada list berjaya/ simpanan temuduga..so korang bleh cek kat ctu..aku dah pasrah sbb mungkin bukan masa aku lagi. Sungguh pelik dan ajaib, selang seminggu, status aku bertukar dari Calon Simpanan ke Simpanan Tetap dan terus ke Lantikan Tetap. So aku pon serba salah sbb aku baru dapat kerja tempat baru, okay jugaklah tempat baru ni and dekat ngan rumah pulak tu. Gaji mmg sedap siap bayar Overtime lagi..so aku tunggu aje lah surat dari SPA. Contoh surat dari SPA ( Credit to Siapa tah punya surat ni TQ)




Kerajaan mmg dari dulu mengembar gemburkan transformasi dari segi gaji yg diberi dan elaun. Aku pon amat terpikat lah ditambah lagi dgn pengalaman aku berkerja 8 tahun di sektor semi kerajaan. Selang seminggu aku dapat surat tawaran...Alangkah terkejut nya aku dikatakan bahawa gaji permulaan aku sama dengan fresh graduate. Apa lagi mengamuk lah aku. Penat 8 tahun aku berkerja, SPA x ambil kira pengalaman aku pon.Kalau nak bagi gaji fresh graduate, jgn panggil org yg dah ada pengalaman dtg interview.Nak yg terbaik tapi bagi gaji cam sampah....Apa kes ni..di campur tolak n bahagi, kira kira kurang dalam RM 600.00 dari gaji aku sekarang.....Banyak tu ditambah lagi dengan penempatan aku yg x taw lagi kemana, call SPA dia org cakap satu Malaysia ada kekosongan.Pastu kalau dapat jauh, korang akan diberi elaun hotel selama 3 hari utk cari rumah SEWA SENDIRI. Abis rumah aku kat KL nak buat apa? Bini aku kerje kat KL.teringat balik kisah pakcik aku yg kerja kat Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia. Punya nak naik pangkat, dia kerja kat Penang, bini kat KL...x nak aku.Kalo korang ape yg korang buat?? Nak taw ape aku buat??? Aku terima ke tidak tawaran tu??? tunggu episod akan dtg 

No comments:

Post a Comment